Kelas STEM - QuiverVision (Augmented Reality) & Animated Drawing (Artificial Intelligence)

27 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Mei 2024, Ahad, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg. Jeriah telah mengadakan Kelas STEM yang bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari bertempat di NADI Kg. Jeriah. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 4 orang peserta.

Kelas STEM pada kali ini telah dibahagikan kepada 2 sesi. Untuk sesi yang pertama, para peserta terlebih dahulu didedahkan dengan Augmented Reality (AR). Augmented Reality (AR) dapat didefinisikan sebagai sebuah teknologi yang mampu menggabungkan benda maya dua dimensi atau tiga dimensi ke dalam sebuah lingkungan yang nyata kemudian memunculkannya secara real time. Seterusnya, para peserta dikehendaki untuk mewarna sekeping gambar yang telah disediakan oleh pihak NADI Kg. Jeriah. Selesai mewarna, para peserta akan mengimbas gambar yang telah diwarnakan dengan menggunakan aplikasi QuiverVision dimana gambar yang telah diwarnakan tersebut akan terhasil dalam bentuk 3D.

Untuk sesi yang kedua pula, para peserta telah didedahkan dengan Artificial Intelligent (AI). Artificial Intelligence merupakan kecerdasan dimiliki dan ditunjukkan suatu sistem beraturcara atau mesin jentera yang mampu melakukan tugas dan fungsi mirip yang dijana pemikiran manusia. Bagi memahami konsep AI dengan lebih mendalam, peserta dikehendaki untuk melukis di atas sekeping kertas yang kemudiannya akan dimuat naik ke platform https://sketch.metademolab.com/. Melalui platform https://sketch.metademolab.com/, gambar yang telah dilukis dan dimuat naik akan mempunyai animasi seperti pergerakan.

Diharapkan dengan adanya aktiviti seperti ini boleh menjadikan suasana pembelajaran STEM di NADI lebih menarik dan menyeronokkan seterusnya dapat menarik lebih ramai komuniti setempat datang ke NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali